Emas dan perak adalah wang, namun perak telah hilang fungsi sebagai wang, dimana wang kertas lebih banyak mengambil fungsi perak sebagai matawang, berbanding emas.
Catatan blog ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan pembaca melabur dalam perak. Bukan Negeri Perak, tetapi logam perak.
Hanya pelabur sejati sahaja yang sesuai melabur dalam perak.
Maksud saya, yang melabur dengan membeli sesuatu yang berada dibawah nilai seperti Warren Buffet.
Tidak sesuai untuk pelabur jenis spekulatif.
500 gram perak, sudah menghampiri nisab perak iaitu 595 gram atau 200 dirham.
Sekiranya anda hanya memiliki perak dalam bentuk 500 gram, maka anda tidak dikenakan zakat.
Perak sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana ianya terlalu dibawah nilai sebenar.
Ketika zaman perak adalah matawang jual beli, nisbah nilainya berbanding emas adalah tinggi.
Tidaklah setinggi sekarang.
Jika emas boleh dikatakan dibawah nilai berbanding ringgit, dan perak dibawah nilai berbanding emas.
Berapa rendahnya perak berbanding ringgit?
Selepas berlakunya 'gold rush', akan berlakunya 'silver rush'.
Situasi di Malaysia pula berbeza, dimana perak import dikenakan cukai. Maka apabila habisnya perak dalam negeri, pelabur akan membeli perak import walaupun dikenakan cukai. Ini menyebabkan pelabur akan menghabiskan perak dalam negeri dahulu, sebelum ia akan menjadi mahal akibat cukai.
Nampak macam meyakinkan, namun ada risiko.
Perak hanya sesuai untuk dijadikan pelaburan oleh pelabur sebenar, kalau setakat rugi 20% sudah risau, maka anda tidak sesuai untuk melabur dalam perak. Harga perak dunia pernah jatuh daripada USD 20 seaun ke USD 9 se aun. 'Spread'nya pula 20%.
.
No comments:
Post a Comment