Saturday, 16 April 2011

Duit kertas susut nilai, makin susut dan semakin susut nilainya

Hari ini, suka atau tidak, kita terpaksa terima hakikat sistem yang berasaskan wang kertas semakin susut nilai. Persoalan yang perlu dijawab adakah kita sedar atau tidak? Kalau hari ini, ada yang masih tidak sedar dan ragu-ragu akan kegagalan yang semakin hampir, sandarkan pada sejarah, lihat, baca dan kajilah. Sejarah sistem yang berasaskan kepada wang kertas sentiasa GAGAL! 

Titik tolak kegagalan sistem ini bermula apabila selepas 15 ogos 1971, Presiden Richard Nixon memutuskan untuk tidak menyandarkan dolar kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. 

Secebis sejarah, dan hari ini kalau kegagalan sistem ini dijadikan sandaran, saya kira kita perlu sedar dan mula berubah. Lihat sejarah kegagalan kesemua negara ini, benarlah pesanan bijak pandai bahawa sejarah itu sebagai pedoman.

1.  Kerajaan Perancis –tahun 1715
2.  Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3.  Hungary 1945-1946
4.  Chile 1971-1981
5.  Peru 1988-1991
6.  Angola 1991 – 1999
7.  Yugoslavia 1992-1995
8.  Belarus 1994-2002
9.  Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.

Sejarah, logik dan praktikalnya buktikan kebenaran. Kalau dahulu sekitar 80 an, 70 an dengan syiling RM 0.20, generasi emak dan ayah kita mewah menikmati pelbagai jenis juadah pagi, kita kini sebaliknya, kita miskin dengan hanya RM 0.20! Lebih malang lagi sekiranya, wang kertas RM 50.00 anda terbakar, terkoyak, bertambahlah kemiskinan anda.

Kalau hari ini anda ada RM 684, tukarkan sebahagian kepada emas dan perak walaupun dengan hanya 1 dinar @ 1 dirham bandingkan dengan nilai kertas RM 684 tahun depan. Bandingkan nilai kuasa beli antara emas dan perak dengan wang kertas bernilai RM 684. 

Anda nikmatilah perbezaanya.

No comments:

Post a Comment