Friday, 15 April 2011

ANALISA EMAS

****************************************************************** 
UNTUNG PADA KENAIKAN HARGA SETAHUN PURATA 30%
******************************************************************
 
Disini saya ingin memberi contoh pengiraan emas yang ramai mengatakan ianya menguntungkan pembeli... 

We Sell | Bermaksud ” Harga jualan syarikat emas kepada pembeli” 
We Buy | Bermaksud “ Harga emas yang dibeli semula oleh syarikat dari pembeli” 

Contoh harga kijang emas pada tahun 2010 (10z)

Bulan Januari 2010: 
Harga jual (we sell) = RM3902  
Harga Beli (we Buy) = RM3669 (Spread)  = RM233 

Bulan November 2010: 
Harga jual (we sell) = RM4592 
Harga Beli (we Buy) = RM4415 (Spread) = RM177 

Katakan lah kita membeli emas pada bulan januari dengan harga RM3902 dan pada bulan November kita ingin menjualkannya balik kepada ejen tersebut. Harga yang dibayar adalah sebanyak RM 4415. Kita dapat keuntungan besar iaitu RM513.00..Apa  lagi tesenyum kambing la kita..untung besar la katakan……Cuba anda beli pulak emas untuk kali kedua pada masa yang sama…takpun sebulan lepas tu…Berapa anda kena bayar untuk beli emas kali ni… Sudah tentu RM4592.( Kena ikut harga We sell).Tadi anda jual emas anda dapat RM4415. Sekarang anda kena tambah RM177 untuk beli emas baru ....
 

Sekarang adakah anda untung?…..tak kan…… Pada saya yang untung Tokei emas dan ejen je…..kita pembeli taknye…. 

Kalau anda terfikir tentang ini; 

Cuba anda fikirkan tentang hartanah..sama jugak macam jual beli rumah...kalau beli rumah 10 tahun dulu rm200k, sekarang jual dapat rm400k..dah untung lah rm200k...lepas tu beli lagi rumah lain, harga lebih kurang camtu gak...sebab waktu tu, harga rumah dah naik. Jadi sama tak emas dan hartanah?. 

satu benda paling penting kena ingat; 

Ini bukan masalah untungkan tokey emas atau DEALER… tapi ini berkenaan ambil kesempatan diatas peluang yang ada… SIMPANAN ANDA ADALAH DUIT ANDA, bukannya esok nilai emas naik MAKA DUIT TUH DAPAT KAT SAYA. Dari anda simpan ASB, untuk 10 tahun lagi… wang anda dengan dividen ASB, kos sara hidup meningkat. Jadi dari ASB kenapa tidak emas sedangkan kita tahu harga emas naik berganda-ganda. Itu sahaja, kenapa peduli siapa buat untung kerana yang penting anda ambil kesempatan ini.



 __________________________________________________________________________________
  
KOS MENGERJAKAN HAJI BERKURANGAN DALAM BENTUK KEPINGAN DINAR  

Setiap tahun kos menunaikan haji menggunakan Dinar Emas akan lebih menjimatkan. Keadaan ini terjadi kerana nilai emas yang sentiasa meningkat. Jika diperhatikan, secara purata harga emas meningkat sekurang-kurangnya antara 20% hingga 30% setiap tahun.

Sila rujuk contoh pengiraan kos haji pada tahun-tahun yang lepas berdasarkan dinar emas seperti berikut:  

Tahun 2002: 1 Dinar | RM140 
Kos Haji | 65 keping X RM140 
Jumlah | RM9,100.00 
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping. 

Tahun 2009: 
1 Dinar | RM502 
Kos Haji | 18 keping X RM502 
Jumlah | RM9,036.00 
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping. 

Tahun 2010: 
1 Dinar | RM596 (Harga Semasa) 19 Ogos 2010 
Kos Haji | 17 keping x RM596 
Jumlah | RM10,132.00 (Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980) 
Dinar yang diperlukan adalah 17 keping.


Sumber Kos Haji 2010 Petikan dari Berita Harian:- 
2010/08/03,KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memutuskan kos menunaikan haji untuk tahun ini kekal pada RM9,980 seorang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 

Kesimpulan: 
• Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan! 
• Kos Haji pada tahun 2010 pula kekal sekitar RM 9,980 tetapi jumlah Dinar yang diperlukan hanya 17 keping sahaja. 

Ini bermakna kos Haji berkurang jika menyimpan di dalam bentuk Dinar Emas. Berdasarkan trend dan contoh pengiraan ini, disertakan permulaan meyimpan DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, maka pada tahun 2015, insyaAllah anda akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar sahaja. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyimpan dan menabung dalam bentuk Dinar Emas kerana emas sememangnya berpotensi dan merupakan pemegang nilai yang unggul. Kepada para pembaca yang budiman, sebarkanlah kepada orang ramai bahawa menyimpan emas banyak kebaikan dan memanfaatkan kita sebagai umat Islam. 

p/s: cuba lihat harga 1 DINAR pada hari ini dan mulakan kira-kira anda.

________________________________________________________________________________ 

MASIH TERCARI-CARI DIMANA RUGINYA?.  

rugi ,.... HANYA BILA KITA JADI TAMAK DENGAN EMAS! 
kita taksub dengan semua teknik yang otak-otai kongsikan.. 
kita beli tanpa faham... apa itu pelaburan emas 
kita gelojoh, beli tak ikut kemampuan. 
Ghairah cari Loan sebab nak borong 

Kita corner sana.. corner sini.. harap kita boleh makan kanan dan kiri, untung atas menjana simpanan diatas simpanan. yang akhirnya boleh silap langkah, habis terburai semua.

Masalahnya.. Percaya tak kalau saya kata senarai rugi di atas itu sebanarnya DALAM RUGI PUN ADA UNTUNG! hahahhahah fikir-fikirkan, selamat beramal..  

cuma saya lebih suka jumpa pembeli yang membeli dengan cara yang berhemah, kalau itu kemampuan dia.. biarlah.. buat apa nak cerita sampai dia naik sheikh nak jadi dealer... nak borong dengan kehulu-kehilir carik duit loan (tapi kalau nak buat juga, suka hati yer kerana saya tidak akan bertanggungjawab heheheh) 

itu sahaja. akhirnya.. satu jer yg rugi dengan emas ni... kalau kita salah beli, kena tipu dapat emas tak tulen duit lebur. Selagi ianya dinamakan emas, amat sukar untuk mencari kelemahan sekalipun tiba2 nilai jatuh.. janganlah ambil langkah terburu-buru.. pantau harga emas semasa, sekiranya ia menunjukkan kejatuhan berpanjangan maka jual dikala anda masih boleh mendapatkan keuntungan (tahukah anda waktu nilai rendah ini lah peniaga-peniaga memborong emas!). 

rugilah kita kerana tidak sabar. Nilai emas tentu akan naik balik... emas bukanlah dalam kategori benda yg boleh dibuat untuk mengisi permintaan. Bila permintaan tinggi tetapi pengeluaran berkurangan, harga naik melambung!. 

_________________________________________________________________________________
   
Dimana lebih nya emas dari ASB?   

ASB | 8-10% dividen tahunan 
EMAS | 30% kenaikkan tahunan, PURATA bagi 10 tahun lepas, <300%> 
ASB | Anda boleh mempergunakan dividen dan meninggalkan baki pelaburan asal untuk menjana keuntungan tahun hadapan 
EMAS | Anda tidak boleh mendapatkan keuntungan singkat melainkan anda menjualnya. AKAN 

TETAPI; 

ASB | sekiranya anda mempergunakan wang pelaburan anda maka anda MELENYAPKAN jumlah nilai pelaburan asal! 

EMAS | anda masih MENGEKALKAN jumlah nilai pelaburan asal anda, malah menggandakan pelaburan anda tanpa berbuat apa-apa dengan hanya mempergunakan kaedah Ar-Rahnu, membuat pinjaman diatas EMAS anda bagi mendapatkan 70% dari nilai semasa EMAS anda. 

Kesimpulan:

ASB | nak duit, keluarkan duit ASB tetapi dividen berdasarkan BAKI SAHAJA!, itu pun hanya 8-10%. 

EMAS | nak duit, pajak di Ar-Rahnu dan membiarkan emas anda TERUS BERGANDA! dengan kenaikan PURATA tahunan 30% mana satu anda mahu?.. apa lagi yang anda tidak nampak didalam pelaburan emas?... Tanya saya... saya cuba rungkaikan.. 


_______________________________________________________________________________
LAGI SEKALI SAYA HURAIKAN DARI SEGI FAKTA, KENAPA PELABURAN EMAS 
HARUS ADA SEBAGAI SIMPANAN JANGKA MASA PANJANG; 
_______________________________________________________________________________ 
ASB vs EMAS | susut nilai/spread TINGGI vs RENDAH
perbezaan susut nilai EMAS yg memberi perbezaan pada keuntungan yg mampu dijana dalam SETAHUN. 

pembelian dari kedai emas atau seangkatan;
20% kenaikan emas tahun pertama
20% susut nilai/spread JUAL BALIK
0% untung, ZERO dalam setahun melabur

pembelian dari bank-bank atau syarikat yg menawarkan susut nilai/spread yg rendah;
20% kenaikan emas tahun pertama
5% susut nilai/spread JUAL BALIK
15% keuntung pada tahun PERTAMA SAHAJA! 



perlu melihat kepada mana-mana emas yg MAMPU memberi susut nilai/spread yg paling rendah agar keuntungan yg dijana dapat dimaksimumkan. Bonus bagi emas yg MURAH JUGA SUSUT NILAI/SPREAD YG RENDAH!. Tiada makna membeli yg murah tanpa mengetahui keuntungan yg mampu dijana oleh perbezaan susut nilai/spread.

kena pada jenis emas yg dilabur, keuntungan memang melebihi ASB. Cuma tiada cash flow kecuali kita JUAL balik emas tersebut.

tetapi sekiranya kita simpan untuk 5 tahun; perbezaan yg ketara

EMAS dengan susut nilai/spread 20% 



20% kenaikan emas tahun pertama
20% kenaikan emas tahun kedua
20% kenaikan emas tahun ketiga
20% kenaikan emas tahun keempat
20% kenaikan emas tahun kelima
100% jumlah kenaikan untuk 5 tahun
20% susut nilai/spread JUAL BALIK
80% adalah NILAI EMAS selepas 5 tahun dlm simpanan

EMAS dengan susut nilai/spread 5% 


cuba lihat keuntungan yg mampu dijana dengan spread yg RENDAH!! BRAVO!!
20% kenaikan emas tahun pertama
20% kenaikan emas tahun kedua
20% kenaikan emas tahun ketiga
20% kenaikan emas tahun keempat
20% kenaikan emas tahun kelima
100% jumlah kenaikan untuk 5 tahun
5% susut nilai/spread JUAL BALIK
95% adalah NILAI EMAS selepas 5 tahun dlm simpanan 

ASB 
8% dividen tahun pertama
8% dividen tahun kedua
8% dividen tahun ketiga
8% dividen tahun keempat
8% dividen tahun kelima
40% jumlah DIVIDEN untuk 5 tahun

NAMPAK TAK BEZA?
1) ASB vs EMAS; &
2) SUSUT NILAI/SPREAD TINGGI vs RENDAH YG MAMPU MEMBERI KEUNTUNGAN YG BERBEZA 



Buat masa ini, Public Gold/Dinar adalah pilihan yg terbaik untuk MANIPULASI pelaburan emas fizikal dengan spread yg rendah. Sekiranya saya terjumpa produk lain yg lebih menguntungkan, saya akan kongsikan.  



_________________________________________________________________________________  

KERATAN AKHBAR  

APA KATA DR MAHATHIR TENTANG DINAR EMAS:  
KUALA LUMPUR: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot.  
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika. “Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas. “Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya. “Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE) di Kuala Lumpur, kelmarin.
  
-Harian Metro-


_________________________________ 
Use Of Gold Dinar Will Stop Currency War 
_________________________________
Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad
  

KUALA LUMPUR, Nov 1 (Bernama) -- Governments should consider the use of the gold dinar to stop a currency war, says Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad. He said the US dollar depreciation created problems for countries as they needed to devalue their currencies in order to overcome the loss of competitiveness. "If every country devalues its currency, there will be a currency war and, of course, it will contribute to the crisis," he told reporters after delivering a keynote address at the First World Conference on Riba here Monday. Mahathir said gold has an intrinsic value and is therefore a better measure of value than currency notes. "Currency notes have no backing unless it is sought after by people. If countries start to devalue their currencies, there will be chaos in international trade," he said.

On Islamic banking, Mahathir said financial institutions must be careful when introducing new products so as not to duplicate those already offered by conventional banks. He said Islamic financial institutions should adhere to Islamic banking principles even when there is an opportunity for them to take over the responsibility of conventional banking.

-- BERNAMA --

No comments:

Post a Comment